Sunday 28 January 2018

Batu karang : Tanda-tanda penyakit

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian masalah batu karang salur kencing termasuklah di dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing.


Tanda-tanda penyakit batu karang adalah berbeza mengikut lokasi batu karang. Berikut adalah contoh tanda-tanda yang penyakit batu karang

Batu karang dalam buah pinggang
- Sakit di bahagian belakang (loin area)
- Sakit yang datang dan hilang dalam beberapa minit (Colicky pain), ianyaakan berulang-ulang dan seterusnya akan berterusan (Spasm)
- Kencing berdarah
- Dalam keadaan yang teruk boleh juga loya dan muntah

Batu karang dalam salur kencing (Ureter)
- Sakit dibahagian belakang (Bawah) @ lower back.
- Karektor sakitnya sama seperti batu karang dalam buah pinggang
- Sakit kadang kala dirasai (Radiated) ke bahagian kemaluan.
- Loya dan muntah juga boleh berlaku.

Batu karang dalam pundi kencing
-Sakit semasa hendah memulakan kencing
-Sakit pada akhir tempoh membuang air kecil
- Kencing berdarah


Jika terdapat tanda-tanda berikut sebaiknya perlu melakukan pemeriksaan doktor untuk memastikan punca masalah yang dihadapi


Sunday 7 January 2018

Assalamualaikum,

Mohon maaf terlalu lama tidak menjeguk blog ni

Niat asal untuk berkongsi pengetahuan berkaitan kesihatan tergendala disebabkan kelemahan diri sendiri dan kesibukan bekerja

Insya'Allah bermula tahun 2018 saya berazam untuk kembali aktif berkongsi fakta berkaitan kesihatan


Thursday 15 May 2014

Batu Karang : Pengenalan (Renal Calculi)

Masalah yang kerap dihadapi oleh masyarakat malaysia dan negara yang beriklim khatulistiwa ialah batu karang.

Batu karang didalam salur kencing samaada didalam buah pinggang, ureter, pundi kencing atau urethra adalah berbeza dengan batu karang di dalam pundi hempedu. Perbezaan utama adalah kedudukan kedua-dua jenis batu karang ini adalah didalam organ badan yang berbeza.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan batu karang dalam sistem genitourinary (salur kencing)


Sedangkan kedudukan batu hempedu adalah didalam saluran hempedu atau pundi hempedu seperti gambar diatas.

Disamping itu punca dan tanda-tanda penyakit batu hempedu dan batu karang salur kencing adalah berbeza.

Penyebab Batu Karang


Pengenalan

Assalamualaikum

Sebagai pengenalan saya merupakan seorang pakar urologi yang bertugas di University Islam Antarabangsa Malaysia dan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Pada pengamatan saya kebanyakan blog atau penulisan yang berlatar belakang kesihatan adalah didalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan sesetengah masyarakat kita tidak dapat menelaah bahan tersebut. Lebih daripada itu bahanbacaan tersebut juga mengandungi banyak istilah perubatan yang kurang tepat terjemahannya. Melalui ruang ini saya cuba berkongsi dengan masyarakat serba sedikit ilmu perubatan yang saya ada dengan cara menulis artikel ringkas yang mudah difahami.

Semoga ianya bermanafaat untuk semua.